Tuesday, June 19, 2012

Sebok Tol Sang Penyebok

Selamat petang semua,

Bertemu lagi dilembaran blog's ini lagi..wahh aneh kan tajuk blog aku kali ini..haah ni nak habaq mai.. kat office aku ni ada lah seorang tua ni..selalu ganggu keje dan menambahkan kerja orang dengan sesuka hati dia aje..kadang² kesian tengok dia..tapi..kadang² dia sungguh annoying dan menyakitkan hati ngan perkataan dia..

dia ni memang la sebok satu malaya punya orang hadoi..kalau mintak pendapat dia akan cakap "i know" pastu "the things is" lepas tu "basically" hadoiii aku pon dah boleh aku cakap balik dia punya ayat.. lol.. tapi kadang² tengok muka dia kesian..satu lagi perangai dia..main cakap lepas tanpa peduli perasaan orang,, :)

paling berbulu ngan dia superior aku..kalau sound si aso ni..selamba dia je...hahahahaha direct tu jgn memain..asik kene bahan je dia.. :) kadang² nasib baik la aku dapat superior yg gile macam aku gak :) hahahaha, but i do respect her and love her...like my aka!!~ pasal si penyebok ni dia memang tak bleh dok diam ada je nak pergi kacau orang punya kerja..ape lah nak jadi dia ni..ampon kan la dosa dia..hahahahah :)

by me..tak kesah as long jgn kacau sangat kerja aku dah..nak kacau sikit² tak per.. :) kacau banyak nanti saya kasi bunyi sama kamu..mau ka miss? hahahaha :) akhir bulan may hari tu adalah minggu yang terbaik...kerana pengacau ni pergi pulau redang..tapi dia ni punyai satu sifat kedekutnya ya amat... :) gaji cecah RM5k tapi nak belanja staff? perghhh terbaik la sikap kedekut dia tu... :) kete pakai iswara lama..dok ngan family..dengan gaji dia..cam tu..padahal dia part time je..dekat satu lagi punya tempat kerja ntah bape la dia dapat uols...hahaha

tapi bagi aku tak perlu kot wat staff ko macam tu..if ada jaga lah hati para pekerja..tak banyak pon sedikit ok la.. :) aku pernah kot jadi bos..so aku tahu la cam ne perasaan bos dan pekerja nie..bagi aku pengalaman yg lepas banyak mengajar aku untuk lebih matang :) huaaaa ngantok la plak..ni mesti akibat daripada makan nasi lemak tengahari tadi .. vendor belanja makan..thanks subang chemist kerna buy me a food...muah2 eh padahal aku kerja takde kene mengena ngan department purchasing...thanks to nirmala to for invited me tadi..bruppppppp

jom kita baca artikal nie..sonok ngan point² dia :-

Bagaimana Menghadapi Bos Yang Cerewet

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh.

Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya.
Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?
Disebabkan saya pernah ada boss yang memang cerewet sebelum ini, maka kali ini, kami kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….
1. Rileks kan diri dan tenangkan hati
Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita.
Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu.
Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!
2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss
Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.

Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya.
Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer.
Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya.
Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.
Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.
3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan
Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan.
Contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.
So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN!
4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.
Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita.
So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.
5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss
Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya.
Kita pun banyak juga perangai buruk.

Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.
New layer...

Sunday, June 17, 2012

Ceria..Ceria kick start for monday blues...

Assalamualaikum...


Selamat Pagi Malaysia..salam 1Malaysia, salam ukwah...dan salam sejahtera.. :)
bertemu lagi dialam maya ini..syukur kehadrat ilahi saya masih dikurniakan kehidupan dan kesihatan yang mengizinkan untuk menghasilkan sesuatu didalam blog saya ini.. :)


diharapkan agar semua pembaca dan pelawat blog ini dikurniakan kesihatan dan kehidupan yg gembira hendaknya.. :) ok kali ini kita sentuh sedekit mengenai "CERIA" kepentingan didalam kehidupan kita ini..mari sama² kita kupas topik yg menarik ini.. :)


ok didalam persekitaran yg busy dan tekanan disekeliling kita sekarang..adalah mustahil untuk kita berkeadaan ceria..walhal ceria ini jika diikutkan adalah satu tenaga positif yg dapat membantu untuk membina keyakinan pada diri seseorang..dan mungkin tenaga positif ini dapat membantu persekitaran negative yang penuh dengan tekanan dan stress...mendengar muzik juga dapat membantu, bagi saya lagu berunsur slow dan nasyid menjadi pilihan saya..ikut kesesuaian anda...dalam genre muzik tersebut..tepuk dada tanya lah selera anda...masing² ada pilihan tersendiri..


untuk membina keceriaan ini kita perlu membangkitkan cas positif dalaman kita..contoh dengan senyuman dan keperibadian yg menarik..senyuman itu juga salah satu dari sedekah dan dapat pahala.. :) dapat free² kan? haah apa kata kita cuba? tak salah kalau kita mencuba..tapi jangan la kita praktiskan sangat..contoh overwhelming (terlebih sudah) kang orang kata kita tak betul pula.


bagi mereka yg berada didalam keadaan tertekan dan stress..dinasihati untuk sabar dan tenangkan fikiran..jika ia berlarutan cas² negative ini kalau mengusai pemikiran dan badan..
kelak mendatangkan kemurungan dan kemudaratan yang melampau..jangan sampai kita ke hospital bahagia sudah...mintak² jangan la ye...beribadat juga mampo untuk menolong kita mendapat keceriaan dalaman (kerohanian), kalau ada masa dan kelapangan, dinasihat kan juga anda pergi bercuti dan berjalan la...ketempat yg membuat kan kita lapang kan pikiran selain dari merehat kan badan..tak guna juga kita berkerja 24/7 tapi akhir nya kesihatan dalaman dan luaran kita tidak sihat...


untuk mendapatkan keceriaan itu kita perlu untuk tekan kan pada sifat positif kita..jadi secara tidak langsung kita akan membantu sedikit sebanyak diruangan cas² negatif.. :) dirumuskan keceriaan ini sebenar nye dibawa dari rumah dan keluarga kita juga...individu memainkan peranan juga..tapi bile kita happy dan ceria kehidupan yg sihat dapat dinikmati..
terasa saya seperti lama tidak pergi bercuti..ahh..kali terakhir saya pergi mana yea..tu pon dimelaka... :) alamak..itu pon cuti tak dirancang..kali ini nak round malaysia.. tak pon ke luar negara pilihan saya :)


ok disini juga saya lampir kan beberapa keping gambar hiasan untuk dijadikan tatapan keceriaan buat kita :) moga the force be with u (kata² master yoda kepada anakin skywalker) dalam siri STARWARS ..hehehhehe ok diharap kawan blog sekalian mendapat tenaga ceria ini..tak salah mencuba ye... :) ceria² selalu membawa kebahgiaan dan pemikiran luas...


bertemu lagi... ye...











p/s: untuk ceria anda tak perlu untuk membanding kan perbezaan agama, fahaman politik atau individu..tolong la kita satu negara, belainan bangsa tapi IC kita tetap Malaysia..peace yo!!!

Friday, June 15, 2012

Stress merupakan gejala keseimbangan diri terhadap perubahan sama ada dari luar mahupun dari dalam diri sendiri. Jika seseorang berada dalam keadaan stress, maka keseluruhan pola hidup dan kesihatannya juga terganggu sehingga produktiviti kerjanya menurun. Kenali cara bagaimana untuk menangani stress.

1. Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga, rakan, pasangan atau kaunselor.

2. Sembahyang serta mengingati Tuhan dan menyerahkan segala usaha kepada-Nya.

3. Lakukan ‘mental-excercise’. Biarkan otot-otot berehat, atur nafas dan bayangkan perkara-perkara yang sejuk dan menyamankan. Lakukan selama 20 minit, ia berupaya juga mengurangkan sakit kepala, tekanan darah tinggi dan kesukaran tidur.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Mengubah susun atur alatan atau perabot di rumah. Lakukan bersama keluarga untuk mendapatkan suasana persekitaran baru.

6. Membentuk pengurusan masa yang baik.

7. Menerima stress sebagai sebahagian daripada hidup. Stress adalah keperluan dalam kehidupan untuk kita bergerak ke hadapan serta untuk meningkatkan kualiti kehidupan.

8. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

9. Terima kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

10. Jangan terlalu memikirkan kritikan yang diterima.
Anggaplah kritikan sesuatu yang membina. Jika kritikan itu keterlaluan, ajaklah berbincang dengan cara baik.

11. Lakukan perubahan yang baik terhadap diri kamu. Bersedialah utnutk menerima saranan daripada orang lain dan belajar untuk berkompromi.

12. Jaga hubungan baik dengan orang lain. Hubungan yang baik menjamin kehidupan bahagia.

13. Ketawa dan berseronoklah. Ketawa adalah respon psikologi terhadap humor, jadi lakukan humor untuk mengawal situasi yang tegang.

14. Bergaul dengan orang positif kerana ia membuatkan kita berasa turut positif dan selesa.






dipetik dari blog : http://akanmati.wordpress.com/2009/07/30/14-cara-menangani-stress/

apa pon kita kembali kepada cara kehidupan dan kepada agama kita..kerana kita akan tenang.. berserta dengan keluarga kita akan lebih kuar manangani permasalahan ini :) jadi try bernafas dalam2...dan lepas.. :) agar permasalahan itu pon akan keluar ikut pernafasan tersebut juga...

Thursday, June 14, 2012

Banyak Mulut






salam jumaat, salam bertemu kembali...
hmm..hari ni aku nak komen ape lagi eh? haah..
hari ini kita kepada topik "kaki" korang mesti ingat ni kaki yg kat korang kan?
tak ini adalah kata perumpamaan.. cth:- kaki judi.. haah ni yg aku nak cite..tapi bukan la kaki
judi sebenar nye..
ape yg aku nak cakap nie kepada : kaki pengampu, kaki adu, kaki kepoh, kaki jaga orang nye hal, nak mention banyak sangat so tak yah la aku nak cakap lagi banyak.. ni dah berlaku pada diri aku..yah my mistake..hurmm cian my bos..there happend something i cant say in here..:) weeeee
mereka yg mempunyai kaki diatas nie selalu nya mengata orang tapi tak tengok pada diri mereka sendiri..dimanakah keadilan? adakah pada parti keadilan? opss nape aku masuk politik nie? aiyoo hhuhu .. ok what come around goes around, tu prinsip aku skang nie..tak pe..nanti hari ko nanti tengok aku gelak macam mana!!!
yg aku tak boleh terima ada orang cakap aku tak buat kerja..? what the hell? hoiii ko pernah tengok collection aku ke x? pernah ko tanya tak kat aku bape jumlah? if no us in here mana ko dapat gaji ko bulan² tu? jatuh dari langit?
masing² mainkan peranan betul? kenapa ko nak kepochi sangat...lagi² pada makcik kat bawah tu yg english broken nak speak english with same race u? what the hell? i know la where to put my self in speaking..dont show of la...u wont go anywhere... kat situ la tempat ko...mengada.. :)
ok la kesimpulan nye..aku akan jadi yg lebih baik dan terbaik.. :) insyallah..moga benda ni akan menjadi pengajaran kepada aku..dan orang lain..jgn baik sangat ngan seseorang..hurmm lepas ni aku wat kerja aku diri aku..n semua nye pasal aku sorang..ni melibatkan diri aku sendiri pon..ok joe be the best among the best..penilaian pon kat sorang...tapi bagi aku pon..team work penting... :) well tepuk dada tanya selera uols..ok la..cukup mengomel... :)

Wednesday, June 13, 2012

READ..!!! I like the answer of this Germanium Muslims Scholar when he was asked about terrorism and Islam.
 
-He said: Who started the first world war? Muslims? Who started the second world war? Muslims?
Who killed about 20 million of Aborigines in Australia? Muslims?
Who sent the nuclear bombs of Hiroshima and Nagasaki? Muslims?
Who killed more than 100 million Indians in North America? Muslims?
Who killed more than 50 million Indians in South America? Muslims?
Who took about 180 million African people as slaves and when 88% of them died, threw them into the Atlantic Ocean? Muslims?
 
No,They weren't Muslims! First at all, you have to define terrorism properly.. If a non-Muslim does something bad,it is a crime. But if a Muslim commits the same,he is a terrorist. So first remove the double standart,then come to the point.
 
 
there no religion are teaching terrorisme!! it's not fair to put a finger in other's..!!
 




 
 
 
 
-di petik dari kawan facebook : Azura Bohari <<
-gambar sekadar hiasan :)
 
 

Sunday, June 10, 2012



ni lagu fav aku la..ni aku share ngan korang..lirik ngan melodi dia seswai, rasa nak kawin plak :)




yang ni pon sama gak..sesuai untuk mereka yg bercinta mahupun nak berkahwin..nak bercinta gak la.. :)
Assalamualaikum, bertemu kembali dialam maya ini..
diharap agar rakan2 sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat dan bahagia hendak nye :)
wah dah macam surat plak kan :)

hari isnin nie senantiasa orang cakap malas la apa la itu la ini la.. kan? cuba tanya diri anda..hari isnin ni patut nye energetic, tak yah la sangat nak merungut atau malas..kita patut bersyukur kerana ada kerjaya dan kerja, cuba kita renung pada mereka yg tak de kerja? huh kita lebih beruntung kan?

cite pasal kerja..kat sini aku include pasal kerja aku skang dengan rakan2 office aku yg ting tong :) mereka best walaupon berbilang kaum...kami masih menghormati antara satu dengan yg lain..itu yg cuba kita sampai kan.. :)

sejak aku kerja kat sini..selalu je melepak hang out makan :) cerita pasal makan nie..perghh naik juga la aku nye berat badan :) sebab kat sini heaven nak makan :) hehehehe...payah juga la nak kurang kan berat badan nie.. adoiii :) ok now aku inclose kan beberapa gambar buat tatapan rakan2 blog sekalian :)












kan aku dah cakap penuh ngan pelbagai ragam, pelbagai menu, heheh dan macam2 ragam lagi la :) weeeiii ok nie baru update tempat kerja..nanti aku akan update more..dalam ipad aku tak leh nak mengarang macam nie..only kat pc je dapat wat cam nie..ngeee

ok guy's see u soon

p/s : jaga la kesihatan, sebab ia adalah anugerah tak ternilai yea.. :) take care!!!