Tuesday, June 19, 2012

Sebok Tol Sang Penyebok

Selamat petang semua,

Bertemu lagi dilembaran blog's ini lagi..wahh aneh kan tajuk blog aku kali ini..haah ni nak habaq mai.. kat office aku ni ada lah seorang tua ni..selalu ganggu keje dan menambahkan kerja orang dengan sesuka hati dia aje..kadang² kesian tengok dia..tapi..kadang² dia sungguh annoying dan menyakitkan hati ngan perkataan dia..

dia ni memang la sebok satu malaya punya orang hadoi..kalau mintak pendapat dia akan cakap "i know" pastu "the things is" lepas tu "basically" hadoiii aku pon dah boleh aku cakap balik dia punya ayat.. lol.. tapi kadang² tengok muka dia kesian..satu lagi perangai dia..main cakap lepas tanpa peduli perasaan orang,, :)

paling berbulu ngan dia superior aku..kalau sound si aso ni..selamba dia je...hahahahaha direct tu jgn memain..asik kene bahan je dia.. :) kadang² nasib baik la aku dapat superior yg gile macam aku gak :) hahahaha, but i do respect her and love her...like my aka!!~ pasal si penyebok ni dia memang tak bleh dok diam ada je nak pergi kacau orang punya kerja..ape lah nak jadi dia ni..ampon kan la dosa dia..hahahahah :)

by me..tak kesah as long jgn kacau sangat kerja aku dah..nak kacau sikit² tak per.. :) kacau banyak nanti saya kasi bunyi sama kamu..mau ka miss? hahahaha :) akhir bulan may hari tu adalah minggu yang terbaik...kerana pengacau ni pergi pulau redang..tapi dia ni punyai satu sifat kedekutnya ya amat... :) gaji cecah RM5k tapi nak belanja staff? perghhh terbaik la sikap kedekut dia tu... :) kete pakai iswara lama..dok ngan family..dengan gaji dia..cam tu..padahal dia part time je..dekat satu lagi punya tempat kerja ntah bape la dia dapat uols...hahaha

tapi bagi aku tak perlu kot wat staff ko macam tu..if ada jaga lah hati para pekerja..tak banyak pon sedikit ok la.. :) aku pernah kot jadi bos..so aku tahu la cam ne perasaan bos dan pekerja nie..bagi aku pengalaman yg lepas banyak mengajar aku untuk lebih matang :) huaaaa ngantok la plak..ni mesti akibat daripada makan nasi lemak tengahari tadi .. vendor belanja makan..thanks subang chemist kerna buy me a food...muah2 eh padahal aku kerja takde kene mengena ngan department purchasing...thanks to nirmala to for invited me tadi..bruppppppp

jom kita baca artikal nie..sonok ngan point² dia :-

Bagaimana Menghadapi Bos Yang Cerewet

Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai tanggungjawab dalam menyelesaikan semua tugasan yang diberikan. Dan memenuhi arahan ketua atau boss juga merupakan tanggungjawab kita. Namun, tak dapat dinafikan bahawa, terdapat juga jenis ketua, boss atau orang yang cerewet, leceh, dan kecoh.

Haaa kalau kita dapat boss atau bekerja dengan orang yang jenis macam tu, memang pening kepala kita dibuatnya. Apa tidaknya, semua kerja kita, dia tak puas hati. Ada saja benda yang tak kena. Ada saja benda yang dikomplennya. Boss yang jenis macam tu, dia punya karenah dan kemahuan memang sukar difahami dan amat sukar untuk memuaskan hatinya.
Jadi, apa yang boleh kita buat bagi menghadapi orang yang macam ni?
Disebabkan saya pernah ada boss yang memang cerewet sebelum ini, maka kali ini, kami kongsikan beberapa tips bagaimana kita dapat berhadapan dengan boss yang cerewet atau ‘kepoh’ atau ‘kecoh’ itu….
1. Rileks kan diri dan tenangkan hati
Disebabkan kita dah kenal perangai dia, maka toksah la kita dok peningkan dan tensen kan kelapa otak kita dengan perangainya. Boss kita tu memang fe’el dan perangainya camtu. Bukannya kita dapat ubah pun perangai dia. Lagipun dia kan boss, mana la dia nak dengar dan nak mengalah dengan kita.
Jadi, langkah pertama ialah, JANGAN TENSEN KAN DIRI ANDA, RILEKS, TENANG2 SELALU. Ini SANGAT PENTING. Kerana, kita perlu faham bahawa, kita tak boleh nak buat apa-apa dengan orang macam tu.
Terima sajalah hakikat bahawa, kita ni kuli dan dia boss. Tak guna kita dok tensen-tensen dengan dia. So, sekali lagi diingatkan, JANGAN TENSEN kan diri anda!
2. Sentiasa bersedia dengan karenah boss
Setiap kali berhadapan dengan boss yang cerewet, adalah sangat penting bagi kita untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.
BERSIAP SEDIA LAH terutamanya dari segi EMOSI.

Biasanya boss yang cerewet ni, akan bertanya macam-macam soalan. Itu la, ini la. Pendek kata, penat kita nak menjawabnya.
Pada saya, diorang buat camtu sebab diorang ni nakkan kesempurnaan dalam tugasan yang diberikan tu. Tu yang tanya macam2 dan arahkan macam2 tu. Sabor jer lah yer.
Apabila boss tanya dan arahkan macam2 tu, anda dengar dan berikan respon positif pada arahannya. Walaupun mungkin telinga anda akan berdesing panas mendengar bebelannya, tahankan saja. Cuba elakkan daripada membalas atau melawan cakapnya. Cuba FOKUS kan kepada masalah atau permintaan yang dibangkitkannya.
Jangan nilai peribadi atau perangainya. Jangan ambik hati sangat tentang cara bercakapnya yang mungkin kedengaran seperti sangat ego dan berlagak.
Percayalah cakap saya, TAK GUNA kalau kita lawan cakap dia. TAK GUNA kalau kita pun nak tunjukkan EGO kita. Sebab, ianya hanya akan merugikan kita saja. Kita ni macam timun dan durian. Kita timun, dan boss kita durian. Kalau boss lenyek kita, kita hancur. Dan kalau kita lenyek boss pun, kita hancur.
3. Buat kerja, lebih daripada apa yang boss arahkan
Kalau nak kurangkan bebelan boss, anda kena buat kerja yang diberikan melebihi daripada apa yang diharapkan.
Contohnya, kalau boss nakkan sesuatu kerja tu disiapkan pukul 5 petang. Cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu, contohnya pukul 3 petang. Ini memberikan tanggapan pada boss bahawa kita ni adalah seorang pekerja yang cekap dan mahir gitu.
So, tips ketiga ialah, BUAT KERJA LEBIH DARIPADA APA YANG BOSS HARAPKAN!
4. Cuba kenalpasti kebaikan dan sikap positif boss
Jangan terlalu memikirkan perangai buruk dan sikap negatif boss saja. Cuba perhatikan dan kenalpasti kekuatan dan kebaikan yang ada pada diri boss anda. Setiap orang, pasti ada kekuatan dan kelebihannya.
Cuba kenali boss anda betul-betul. Pasti ada kelebihannya berbanding dengan diri kita. Terima hakikat bahawa, boss kita memang bagus pada satu-satu segi berbanding dengan kita.
So, berlapang dada lah. Terimalah dengan hati yang terbuka. Buangkan sikap prejudis kita. Cuba belajar untuk menghargai kebaikan boss kita. Jangan asyik dok fikir yang negatif-negatif saja. Cuba tanamkan perasaan hormat kita pada boss dengan ikhlas.
5. Maafkanlah semua kelemahan dan perangai buruk boss
Semua manusia ni tak perfect. Masing-masing pasti ada kelemahannya.
Kita pun banyak juga perangai buruk.

Jadi, kita jangan dok sakit hati sangat dengan perangai buruk orang lain. Anggap sajalah boss kita tu hanya seorang manusia yang lemah. Perangai buruknya yang cerewet dan kepoh tu wajar dimaafkan. Jadi, maafkan sajalah yer. Yang penting, kita jangan sekali-kali tertekan atau tensen dengan perangai boss kita tu.
New layer...

No comments:

Post a Comment